Posted on Leave a comment

KEISTIMEWAAN “CHEESE”!! 😋

KEISTIMEWAAN “CHEESE”!!😋

Keju merupakan makanan yang popular di dunia terutamanya di negara-negara eropah seperti Perancis, Itali dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda, keju juga sudah lama dikenali sejak beriu tahun dahulu. Namun, apa yang membezakan antara zaman dahulu dengan sekarang adalah melalui cara pembuatannya.

KEISTIMEWAAN CHEESE

Keju (dari perkataan bahasa Portugis: queijo) adalah makanan mengandungi protein dan lemak daripada susu, biasanya susu lembu, kerbau, kambing, atau biri-biri. Ia dihasilkan oleh penggumpalan bagi protein kasein susu.

Selain itu, pepejal-pepejal itu kemudiannya dipisahkan dan dimasukkan bentuk akhir. Sesetengah keju juga mengandungi kulat, sama ada pada kulit luar atau secara keseluruhannya.Ratusan jenis keju telah dihasilkan. Gaya, tekstur dan perisa mereka yang berbeza bergantung pasa asal susu tersebut (termasuk diet binatang itu), sama ada ia telah dipasteur, kandungan lemak mentega, spesis bakteria dan kulat, dan pemprosesan termasuk tempoh penuaan.

Seterusnya, herba, rempah, atau asap kayu juga boleh digunakan sebagai ejen-ejen perisa. Warna kekuningan ke merah-merahan pada keju-keju adalah hasil menambah annatto. Untuk pengetahuan semua keju juga boleh dimakan begitu sahaja atau dimasak dalam pelbagai hidangan kebanyakan keju cair apabila dipanaskan. Terdapat beberapa jenis keju yang popular di malaysia dan di dunia dan kegunaannya.

Disamping itu, Untuk beberapa keju, susu dibekukan dengan menambahkan asid-asid seperti cuka atau jus lemon. Kebanyakan keju dijadikan asid untuk darjah lebih rendah oleh bakteria, yang menukar gula susu kepada asid laktik, ketika tambahan renet menyelesaikan mendadih.

Alternatif-alternatif vegetarian untuk renet adalah boleh didapati kebanyakn adalah dihasilkan oleh penapaian kulat Mucor miehei, tetapi lain telah dikeluarkan daripada pelbagai spesies Cynara keluarga tisel.

3 JENIS CHEESE YANG POPULAR DI MALAYSIA

Jadi, disini saya ingin berkongsi dengan anda 3 jenis keju yang popular di dunia dan kegunaannya. Hal ini kerana tidak semua makanan sesuai untuk dihidang bersama dengan keju jika anda tidak tahu jenis keju yang mana sesuai untuk digunakan.

Jadi, salah satu dari antara keju yang popular tersebut telah menjadi bahan untuk dijadikan pencuci mulut di “MAMASAB BAKERY”.

cheddar cheesehttps://en.wikipedia.org/wiki/Cheddar_cheese

1.Cheddar cheese
Keju Cheddar ini berasal dari England iaitu di sebuah perkampungan Cheddar yang terletak di daerah Somerset dan ia dihasilkan daripada susu lembu. Ia juga merupakan keju yang paling popular di seluruh dunia. Jadi, ia memang mudah didapati di mana-mana pasaraya.

Keju ini mencapai usia matang apabila berusia 9 hingga ke 24 bulan. Ia mempunyai tekstur yang rapuh dan tergolong di dalam kumpulan keju yang mempunyai kekerasan separa-keras. Warna asalnya adalah daripada putih ke kuning keemasan pada keju jenis ini.

Mesti ada antara anda yang gemar kepingan keju cheddar ini di atas roti sebagai sarapan pagi. Hal ini kerana teksturnya yang padat dan tidak mudah cair. Oleh itu, ia amat sesuai dugunakan sebagai topping biskut, roti, dan pelbagai masakan yang lain.

https://en.wikipedia.org/wiki/Mozzarella

2.Mozzarella keju
Keistimewaan cheese yang terkenal ini berasal dari itali kerana ia banyak digunakan dalam penyediaan pizza. Mozzarella merupakan keju yang lembut dan boleh digunakan untuk jangka waktu yang singkat dan tahan lebih lama dengan pengendalian yang betul jika ia menggunakan bekas simpanan vakum. Tetapi, kebiasaannya mozzarella ini akan digunakan sehari selepas penyediaannya.

Bagi penggemar keju, sudah tentu mereka akan meminta pesanan pizza bersama extra cheese. Mesti anda pernah menarik pizza dan keju yang melekat bersama dan semakin panjang apabila anda menariknya bukan? Selain daripada digunakan dalam penyediaan pizza, mozzarella juga digunakan dalam variasi makanan seperti roti ‘nan cheese’ dan lain-lain.

Oleh itu, keju jenis ini sesuai digunakan disebabkan ia amat mudah cair pada suhu yang tinggi dan keju ini juga amat mudah didapati di mana-mana pasaraya kerana harganya juga berpatutan.

https://en.wikipedia.org/wiki/Cream_cheese

3.cream cheese
Krim keju ini merupakan bahan yang sangat popular dalam baking kek dan ia telah menjadi bahan utama dalam pembuatan kek di “MAMASAB BAKERY”. Ia juga adalah keju segar yang lembut dan mempunyai rasa yang ringan serta memiliki kandungan lemak yang tinggi. Oleh disebabkan itu teksturnya yg lembut, ia juga sesuai digunakan untuk sapu atas permukaan roti, dijadikan inti tart atau pai, atau dimakan bersama-sama buah-buahan.

Krim keju atau cream cheese adalah keju yg sudah ditambah dengan krim yang mempunyai kuantiti lemak susu hampir separuh dari berat bersih sekotak cream cheese. Selain itu, ia juga terdapat dalam dua jenis iaitu double cream cheese yang mengandungi 65% susu dan yang biasa mengandungi 45% susu sahaja.

Akhir sekali, Keju telah menjalankan seperti satu pagar hidup pada kebuluran dan adalah satu makanan perjalanan yang bagus. Ia adalah berharga untuk kemudahalihannya, panjang umur, dan kandungan tinggi lemak, protein, kalsium, dan fosforus. Keju adalah lebih padat dan mempunyai satu lebih hayat simpanan panjang berbanding susu yang dibuat daripadanya. Pembuat keju berhampiran kawasan tenusu boleh mendapat manfaat dari susu yang lebih segar, harga lebih rendah, dan kos perkapalan lebih rendah. Tempoh simpan lama keju membenarkan ia dijual apabila pasaran lebih baik.

Posted on Leave a comment

Keistimewaan “BROWNIES”!!!😋😋

Keistimewaan “BROWNIES”!!😋😋

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada Peminat tegar brownies kedut mamasab bakery! Tapi saya yakin dan percaya mesti ada dikalangan korang ni yang masih tak tahu apakah keistimewaan “BROWNIES” kedut MAMASAB.

https://mamasabbakery.com/product/brownies-legend-mamasab/

Pada masa sekarang ni brownies memang menjadi ‘trend’ dan ramai orang yang mencuba untuk buat brownies. Tapi, nampak rupa lebih kurang macam kek coklat yang dipotong segi empat.


Jadi, adakah anda tahu bagaimana untuk membezakan brownies ni dengan kek coklat?

Tahukah anda, brownies sebenarnya merupakan kek bantat. Ianya terjadi apabila seorang pembuat kek terlupa memasukkan serbuk penaik ke dalam adunannya. Jadinya, kek tersebut bantat, dan dipanggil sebagai brownies. Nama brownies diambil daripada the deep brown colour of cookies. Rupanya seharusnya berpori, lembut dan naik seperti kek, tetapi lebih kepada sedikit kenyal dan lembap.

Brownies mula dikomersialkan di Amerika Syarikat pada tahun 1897 dan sejak daripada itu, telah menjadi diantara pencuci mulut kegemaran dan popular disana, lagi – lagi apabila digabungkan bersama dengan aiskrim vanilla. Wah, lazatnya. Pasti sudah terliur kan?

Selain itu, Satu lagi kelainan brownies adalah pada teksturnya yang lebih padat, lembap dan apabila dikunyah seperti mengunyah gula- gula lembut. Rasa coklatnya juga lebih menyerlah atau pekat berbanding rasa kek coklat. Jika dibezakan dengan kek, brownies mempunyai permukaan satu lapisan sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula.

brownies legend mamasab

Secara asasnya, terdapat 4 jenis tekstur yang dimiliki oleh brownies, iaitu sama ada seperti cake (cakey) , padat (fudgy), liat (chewy) atau sedikit berderai (crumbly).

Perbezaan inilah yang menjadikan sesebuah brownies itu sangat unik dan mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri bergantung kepada selera masing-masing. Ia juga mempunyai beberapa cara membuatnya seperti mengukus atau membakar.

Seterusnya, Brownies juga sangat mewah dengan rasa coklat. Kedutannya itu disebabkan penggunaan coklat yang banyak. Anda bebas menggunakan jenis coklat dan koko kegemaran anda. Tapi keenakkannya dan keistimewaan nya hanya boleh diterjemahkan oleh pengunaan koko dan coklat yg berkualiti.

Maka, headbaker mamasab telah memilih untuk menggunakan coklat berkualiti daripada jenis Beryl’s untuk membuat brownies . Coklat jenis Beryl’s sebenarnya tidak semanis coklat lain di pasaran dan disebabkan itulah coklat ini sentiasa menjadi pilihan.

https://www.berylschocolate.com.my/

Beryl’s merupakan jenama yang tidak asing lagi sebagai bahan pembuatan kek dan juga jenama coklat terkemuka. Selain coklat masakan, Beryl’s juga mempunyai pelbagai jenis coklat yang sangat sedap.

Akhir kata, Jika kita lihat melalui resepi-resepi brownies terhebat, penggunaan coklat yang berkualiti tinggi merupakan salah satu faktor yang menjadikan brownies lebih sedap dan menonjolkan teksturnya. Ini kerana, sebahagian besar daripada bahan-bahan untuk menyediakan brownies adalah daripada coklat berbanding kandungan tepung.